Menjelang tibanya hari pengundian
yang semakin dinanti-nanti, pelbagai aneka ragam dapat diperhatikan berlaku
sepanjang fatrah berkempen calon-calon AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar
2014/2015 kali ini.
Namun, apa yang berlaku sekarang ini
akan jadi lebih menarik andai anda melihatnya dari satu sudut yang berbeza. Ya,
memang jelas kelihatan calon-calon AJKT masing-masing sedang sibuk berkempen di
sana dan sini, tetapi di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang lebih
penting lagi sebenarnya.
Ada yang berpenat lelah mencetak, menggunting
menampal dan mengedarkan poster-poster sahabat-sahabat mereka yang bertanding.
Ada yang bersengkang mata sanggup tidak tidur malam semata-mata untuk
menyiapkan video promosi sahabat-sahabat yang bertanding. Ada yang sanggup
mengorbankan facebook’s wall masing-masing hanya untuk mempromosikan
sahabat-sahabat yang bertanding ini. Dan kesemua pengorbanan yang mereka
lakukan ini dilakukan tanpa mereka menerima apa-apa bayaran mahupun ganjaran!
Ukhuwah. Ya, apa yang disaksikan semua
itulah sebenarnya manifestasi daripada nilai-nilai ukhuwah yang dapat dilihat
begitu subur tersemai dalam kalangan pelajar-pelajar VIVA ini sebenarnya. Buat
sesuatu perkara baik untuk sahabatnya tanpa disuruh apatah lagi diminta.
Jadi
apa yang anda tunggu lagi? Jangan lupa turun mengundi pada hari sabtu ini bagi
membuktikan kebersamaan anda bersama-sama dengan sahabat-sahabat VIVA yang bertanding
ini!
“V for VIVA!”
Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar(PCA) sesi 2014/2015 dan akan kekal ke sesi 2015/2016.






0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda!!