Thursday, December 25, 2014

Jangan Berhenti Berlari!



Bismillahwalhamdulillah.

Syukur kepada Allah yang mengurniakan kita kekuatan pada hati ini. Agar nikmat ukhwah dan keterikatan hati berlandaskan Aqidah yang sahih itu terus utuh hingga ke Akhirat sana.

     Bahang pilihan raya yang hangat kian hilang dek kerana pengumuman calon yang menang bertanding telah selesai. Mungkin tidak lambat bagi saya ingin mengucap Tahniah dan Takziah kepada sahabat-sahabat sebahtera perjuangan terutamanya 5 orang wakil daripada VIVA  yang mana  bakal menjadi AJKT PERUBATAN sesi 15/16 nanti. Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat lain yang menghangatkan pilihan raya PERUBATAN kali ini.



Menang bertandingkah kalian?
Bukanlah menang itu bermaksud mengalahkan orang lain, kalian hanya menang sedikit KEPERCAYAAN daripada para sahabat. Hakikat sebenar perjuangan itu bukan kemenangan. Penat, lelah, letih dan mengorbankan masa itu hanya secebis perkataan yang dapat diungkap, tetapi apa yang luar biasa, kalian SANGGUP bertanding hanya kerana berebut dalam mencampakkan diri ke dalam medan yang sibuk dan medan membuat pahala.

"...Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan..."- (2:148)


      Ingatlah, amanah ini bukan untuk dimegahkan, bukan juga untuk mencari nama. Bahkan amanah inilah yang akan menarik sesiapa saja dalam melambatkan kita semua masuk ke Syurga. Ditanya, ditanya dan terus menerus ditanya oleh Malaikat yang menjaga.

Aku bukan orang yang layak bercerita tentang amanah, kerana orang yang bertanding itu adalah orang yang telah merelakan dirinya bekerja untuk Islam. Satu pesanan untuk warga VIVA, suka saya jika kalian dapat membayangkan kita sedang berada dalam pertandingan TARIK TALI.
TARIK TALI?
Ada yang kurus, ada yang sado, ada yang kecil. Tapi tali tetap terus ditarik. Cuma daripada peringkat aku, aku risau dan bimbang ada dalam kalangan kita, apabila ramai orang yang kuat, mulalah tarik ala kadar saja, tidak serius dalam bekerja, main-main dalam satu-satu program. Ya! Itulah realiti manusia sekarang, semakin ramai, semakin lemah. Semakin mengharap kepada yang kepala. Semakin dikurangkan tenaga, mengharapkan yang kuat saja menariknya.


Ayuh sahabat-sahabat! PCA dan VIVA ini bukan milik pimpinan, tetapi untuk kita sama-sama jaga, sama-sama support. Musuh datang kita lawan, lawan datang kita pertahan. Jika pimpinan tumpas diseparuh jalan, kita sama-sama berada dibarisan hadapan. Teringat kata Tok Guru Haji Hadi Awang,
" Saya hargai ramai yang menyatakan berdiri di belakang saya. Cuma saya bimbang bila saya paling ke belakang, tiada orang di belakang saya "

Akhirnya, walau siapapun kita, dimana posisi kita, kita adalah seorang pemimpin.  Sama-samalah kita bantu sahabat-sahabat pimpinan AJKT yang akan bertugas untuk sesi 15/16. Buat AJKT baru, jika anda rasa lemah, letih perasaan gundah gulana, kami ada di belakang, serulah kami, panggillah kami, kami bersedia  membantu. Ukhwah itu indah, indah dalam perjuangan Dunia, bersama sampai ke Akhirat sana. Agar kekuatan ukhwah yang kita bina terus dapat membantu perjuangan dari wadah VIVA mahupun PCA. Jangan berhenti berlari! Terus berlari ke arah Mardhatillah.


V always for ViVA.

Ketua Batch,
ViVA 2014/2015

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda!!