Tuesday, February 24, 2015

PERINTIS TRANSFORMASI




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


            Pada 20 Februari 2015 yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Al-Azhar 2015 dengan pembawaan tema “Suarakan Solusi, Menuju Transformasi”.Tema ini bertepatan dengan objektif yang ingin diketengahkan, iaitu memupuk rasa kecintaan dan cakna ahli terhadap PERUBATAN Cawangan Al-Azhar (PCA)  serta merupakan salah satu platform yang disediakan untuk ahli memberi cadangan, lontaran idea, persoalan dan muhasabah berkaitan gerak kerja persatuan secara keseluruhan terus kepada pimpinan bagi menentukan hala tuju dan fokus PCA untuk sesi 2015/2016.

            Kemeriahan MTC Al-Azhar kali ke-2 ini telah menyaksikan penyertaan yang ramai daripada kalangan ahli VIVA sendiri bagi menyahut panggilan menjadi sebahagian daripada  perwakilan dan menyuarakan solusi untuk sebuah transformasi. Sikap cakna yang ditunjukkan oleh ahli VIVA ini menunjukkan bahawa kita semakin matang dalam memahami salah satu dasar dalam perundangan Islam iaitu bermusyawarah. Hal ini bertepatan sebagaimana firman Allah SWT di dalam  Al-Quran yang bermaksud:

           
“Dan juga (bagi) orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
                                                                                                            As-Syura:Ayat 38

            Musyawarah merupakan salah satu medium untuk ahli di dalamnya menetapkan suatu keputusan. Setiap pandangan dan hujah yang dilontarkan perlulah mengikut adab dan syariah Islam. Keputusan akhir yang telah disepakati oleh ahli mesyuarat juga perlu dihormati dan dilaksanakan.

            Ahli VIVA juga tidak melepaskan peluang dalam melontarkan idea serta buah fikiran bagi meningkatkan kualiti gerak kerja barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Al-Azhar untuk sesi yang akan datang. Suara-suara inilah yang diperlukan untuk mencorakkan bagaimana transformasi yang kita mahukan.

Barisan pimpinan PCA yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan ahli VIVA sendiri juga perlulah optimis dalam melaksanakan manifesto yang dilaungkan kepada ahli. Amanah yang dipegang sebagai pimpinan AJKT perlulah dilaksanakan dengan sempurna kerana ia akan dipersoalkan di hari kemudian. Sokongan daripada ahli VIVA buat kalian tidak akan putus. Perlu kalian ingat bahawa kalian tidak bersendirian kerana adik-beradik VIVA sentiasa bersedia menjadi dinding sandaran.

Sekalung tahniah juga diucapkan buat ahli VIVA yang telah terpilih sebagai penerima Anugerah Kualiti Biro pada MTC yang lalu.Antaranya ialah:
-          Wan Nur Muhammad Sharhan bin Ikmal Hisham (BCAD)
-          Muhammad Fauzan bin Mustaffa (BCARE)
-          Muhammad Faris Mahfuz bin Hj. Zakaria (BPP)
-          Ahmad bin Abdullah (BPI)

Semoga penghargaan ini menjadi titik tolak buat kalian untuk bergerak lebih ke hadapan dan menjadi inspirasi buat adik-beradik VIVA yang lain untuk dicontohi.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan diucapkan buat ahli VIVA yang telah menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa pelaksana MTC kali ke-2 yang lepas. Usaha kalian tidak berbayar di dunia, namun ia bernilai di akhirat sana. In sha Allah.

Pengakhirannya, perlu untuk kita fahami bahawa setiap perubahan yang kita mahukan tidak akan terlaksana seandainya ia hanya sekadar dirintis di mulut. Sebagaimana kita gah dalam meyuarakan solusi, begitulah kita perlu gah dalam medan implementasi. Janganlah kita meludah manis yang mana orang lain merasa pahitnya. Kita perlu bergerak bersama-sama mencorakkan perubahan yang kita mahukan kerana kita adalah Perintis Transformasi.
           

Muhamad Zikrie Bin Zakariya
Unit Kebajikan VIVA 14/15

Monday, December 29, 2014

Kenali Kuliah Perubatan Al-Azhar..



Pengenalan

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Pada awal pembukaannya, hanya beberapa halaqah keilmuan yang diadakan secara berkala di Masjid Agung Al-Azhar dengan menggunakan sistem pembelajaran ‘talaqqi’ (sorongan) yang dilaksanakan di antara tiang-tiang Masjid Agung Al-Azhar.

Secara umumnya, fakulti-fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Kuliah Adabiyah (Pengajian Agama) dan Kuliah Ilmiyah (fakulti pengajian sosial & sains kesihatan ). Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah.

Pembelajaran di Universiti Al-Azhar

Kuliah di Universiti Al-Azhar semenjak tahun 1996-1997, ketika dibawah pimpinan Prof.Dr.Ahmad Umar Hasyim, perkuliahan Al-Azhar, dibahagi menjadi 2 semester. Semester pertama bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir pada awal bulan 12. Peperiksaan bagi semester pertama, biasanya akan dijalankan pada bulan 1. Selepas peperiksaan tamat, akan bermula ‘winter break’ selama 2 minggu.
Manakala, semester kedua akan bermula pada akhir bulan 2 dan berakhir pada awal bulan 5, oleh kerana peperiksaan semester kedua akan dilaksanakan pada bulan 6, pelajar diberi masa selama beberapa minggu untuk mengulang kaji secara sendirian. Dan selepas itu, pelajar akan mendapat tempoh selama 2 bulan setengah sebelum sesi pembelajaran pada tahun seterusnya bermula.

Kaedah Pembelajaran

Melalui perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti lain di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai MoU (Memorandum of Understanding)
Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama, ia memudahkan pelajar bangsa Melayu untuk lebih memahami ilmu tanpa perlu bersusah payah menterjemahkan bahasa Arab terlebih dahulu. Lebih menarik, kebanyakan tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar adalah merupakan ketua jabatan subjek atau orang lama di jabatan tersebut, di mana mereka amat berpengalaman dan pernah bekerja di negara-negara lain selain amat fasih berbahasa Inggeris.

MoU merupakan pembelajaran selama 6 ½ tahun. Ada juga universiti-universiti lain di Mesir yang menjalankan kelas secara MoU, namun, berbezanya Universiti Al-Azhar daripada universiti yang lain adalah, pelajar di wajibkan untuk mengambil subjek-subjek agama dan wajib untuk menghafal Al-Quran sebagai subjek tambahan.

Silibus Pengajian Perubatan di Al-Azhar

Kokurikulum pembelajaran dibahagikan kepada 3 fasa :
  • Fasa 1 : Tahun 1 dan 2
  • Fasa 2 : Tahun 3
  • Fasa 3 : Tahun 4, 5 dan 6
Tahun 1                
Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Bahasa Arab dan Al-Qur’an (Juz 30)
Tahun 2                
Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Psychology, Bahasa Arab, Tafsir Al-Qur’an dan Al-Qur’an (Juz 29)
Tahun 3                
Pathology, Parasitology, Pharmacology, Microbiology, Hadis, Sirah dan Al-Qur’an (Juz 28)
Tahun 4                
Opthamology, Community Medicine, Forensic & Toxicology, ENT (Ear, Nose & Throat), Aqidah, Fiqh dan Al-Qur’an (Juz 27)
Tahun 5                
Internal Medicine dan Pediatrics
Tahun 6                
OnG (Obstetrics and Gynaecology) dan Surgery


Peperiksaan
Peperiksaan secara umumnya, mencakupi tiga aspek iaitu : bertulis (written exam), lisan (oral exam), dan amali (practical exam). Keistimewaan diberikan kepada pelajar tahun 1 , di mana sekiranya pelajar gagal dalam subjek-subjek tertentu, pelajar di benarkan untuk membawa(carry) subjek tersebut pada tahun 2, kerana subjek yang diambil pada 2 tahun pertama adalah sama (selain pertambahan subjek Psychology pada tahun 2). Namun, maksimumnya hanyalah 2 subjek dan sekiranya melebihi, pelajar di wajibkan untuk mengulang tahun (repeat year), seandainya masih tidak lulus dalam peperiksaan kedua (peperiksaan ulangan) yang dilakukan pada bulan Ogos. Bagi pelajar tahun 2 dan keatas, gagal dalam satu subjek perubatan akan membuatkan pelajar tersebut terpaksa untuk mengulang tahun.

Sistem Pemarkahan
Sistem pemarkahan di Universiti Al-Azhar lebih menumpukan kepada peperiksaan final dimana hanya 20% (kebiasaannya) markah akan diambil daripada peperiksaan pertengahan tahun. Dan sebilangan markah juga diambil daripada kuiz-kuiz kecil, dan tugasan kertas kerja (agak sedikit). Namun, di sebabkan markah yang diambil daripada peperiksaan pertengahan dan kuiz-kuiz kecil adalah terlampau sikit, pelajar-pelajar sebaiknya perlu untuk menguasai sepenuhnya kesemua pembelajaran sepanjang tahun untuk berdepan dengan final exam, kerana markahnya terlampau banyak.

Perbanyakkan Amalan Di Musim Sejuk :)


Bismillah.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada hadis Abi Sa'id Al-Khudri, dari Nabi bersabda,
"الشتاء ربيع الؤمن"
Ertinya: "Musim sejuk itu, musim bunga bagi orang yang beriman"
Hadis ini diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dan selainnya, dengan lafaz tambahan,

"Panjang malam harinya maka ia menghidupkannya dengan qiyamullail, dan pendek harinya maka ia hidupkannya dengan berpuasa"
Berkata Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali: "Winter(musim sejuk) adalah Spring(musim bunga) bagi org mukmin kerana pada musim sejuklah subur taman-taman ketaatan dan mudah melakukan amalan kebaikan seperti suburnya tanaman di musim bunga.
Jiwa dan hati kita pada musim bunga seperti berada di taman amalan-amalan yang mudah dilaksanakan. Sepertimana haiwan-haiwan di ladang pada musim bunga, penuhnya tanaman menyebabkan haiwan gemuk dan menyihatkan anggota haiwan, begitu jugalah agama orang yang beriman menjadi 'sehat' di musim sejuk oleh kerana dimudahkan oleh Allah untuk melaksanakan ketaatan.
 Sesungguhnya orang mukmin itu pada musim sejuk, mampu berpuasa di siang hari tanpa masalah dan kepayahan seperti lapar dan dahaga kerana waktu siangnya adalah pendek dan dingin, hingga kita tidak merasakan halangan dengan berpuasa. Manakala di waktu malam musim sejuk pula, oleh kerana panjang malamnya, kita boleh tidur secukupnya kemudian masih sempat juga untuk bangun beribadah, membaca Al-Quran dan berqiyamullail. Kita merasakan puas dan cukup tidur, dan dalam masa yang sama rasa cukup juga beribadah, maka bergabunglah kesempurnaan keperluan jasmani dan rohaninya
Sabda Rasulullah lagi: "Berpuasa di musim sejuk adalah harta rampasan yang mudah! (mendapat ganjaran besar tanpa halangan dan kesukaran)" (HR Tirmizi)
Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ibnu Mas'ud berkata: "Selamat datang wahai musim sejuk yang turun padanya barakah(keberkatan), dipanjangkan malamnya untuk berqiyamullail, dan dipendekkan siangnya untuk berpuasa" Dan daripada 'Ubaid bin 'Umair, apabila datangnya musim sejuk, ia berkata:"Wahai ahli Quran, telah panjang malammu untuk membaca Al-Quran maka bacalah! dan telah pendek siangmu untuk berpuasa maka berpuasalah!
Rujukan: Lataiful Ma'arif karya Al-hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali m/s 435 cet. Dar Hadis)



Ahmad Tasnim Bin Muslim
S/U VIVA 2014/2015 

Saturday, December 27, 2014

PESAN BUAT CINTA


Wahai sayang
Ingatlah pesanku ini

Masamu itu selalu menipu
Bilangnya ada bahagia di depan
Dia acah, kau kejar termengah
Sepak terajang kau rasa, dia ketawakan

Hartamu itu gunung penuh serpihan cermin
Gah kejauhan mengerlip menggoda
Demi kenyitan dia kau daki hingga berdarah
Sambil ke puncak kau nampak dirikau diratah

Kawan itu juga sifatnya berdua
Ada bersama kau hanya untuk gelak dan tawa
Tapi ada yang tarik tangan kau perlahan ke surga
Sifat manusia, semua ada di depan mata

Tapi kau kuat
Hati kau kuat kerana penuh firasat
Dari doa ibu penuh berkat dalam malam pekat melikat
Hingga doa ayah setia mengikat kemas tersemat

Ada kasih
Rapatnya bukan di bibir atau kata
Tapi rapatnya di hati dan mata

Jejak bertapak didepan kau terbentang
Kau ikut, atau kau diikut
Pilihlah mana kau mahu
Tapi jangan lupa ajal dan tuhanMu.















Have faith, is fi qalbi. :) Self-mirrored, self-written.

Thursday, December 25, 2014

TOPIC ??

           It is such a hard task to find a topic to write about, something you can type for (at least!) a page or so for people to read. Some people call this problem ‘writers’ block, where writers and authors somehow have mental block and unable to write like always do. Well, those are problems experienced by famous book authors or novel writers, but for us? Amateur writers who just love to write and type away, playing with words, and indulged in language, what is it called?




            Why is it so hard to find an interesting topic to write or talk about? We are living in a colourful and beautiful world, filled with creative minds and wonderful people. Just a look away from your state of the art gadgets on your hands or laps and you will see that there is so much to see. So much to enjoy, so much to give, so much to receive.

I’m talking nonsense but who cares?

Allah fills our lives with love, food, shelter, functional body and so much more. So much to be grateful about. Every time we eat do we even think of other people that are living in poverty? Who have no food to eat but subsidised dusty bread? Who have no clothes to wear but dirty worn up sweaters? Be thankful my friends. And foes. And everyone else. Because when we are thankful, Allah the Almighty, the One who sustains, will add more of our blessings.




Recently I read an interesting topic about multicultural education. A concept teachers have to mind about their students’ diversity. In a class of varied backgrounds (unrelated to race or skin colour), teachers must diversify methods of teaching to accommodate the various pupils. Pupils and students are humans (duh!) And as humans, they have different identities, ways of conversing, different faiths, and most importantly in a classroom, different ways of understanding an information given to them in a particular time.

So?

If in a small classroom, we can be full of variety, diversity, mix and multiplicity (example of redundancy?), we have to accept the fact that in this gigantic earth, lots of kinds of people are living in it. People with all kinds of attitudes, problems, emotions, and lots more, that makes us as humans. And as humans, we have to UNDERSTAND! That not everyone had the same life as we had, experienced the same laughter and sadness that we have been through.


"Unity in Diversity"

So every time someone makes us feel bad, sad, angry or mad, keep calm and have patience. Please. Do not add more hatred or loathing in this world. There’s too much of it right now. Instead, spread peace.

“Peace cannot be kept by force; it can only be achieved by understanding”
-Albert Einstein-


And happiness. And prosperity. And Islam is prosperity. Islam teaches us patience and the act of kindness to every creature we encounter.

Wallahua’alam. Jazakumullahu khairan kabiran kathiran.

Admin,
Publication and Information Bureau,
ViVA 2014/2015.

Jangan Berhenti Berlari!



Bismillahwalhamdulillah.

Syukur kepada Allah yang mengurniakan kita kekuatan pada hati ini. Agar nikmat ukhwah dan keterikatan hati berlandaskan Aqidah yang sahih itu terus utuh hingga ke Akhirat sana.

     Bahang pilihan raya yang hangat kian hilang dek kerana pengumuman calon yang menang bertanding telah selesai. Mungkin tidak lambat bagi saya ingin mengucap Tahniah dan Takziah kepada sahabat-sahabat sebahtera perjuangan terutamanya 5 orang wakil daripada VIVA  yang mana  bakal menjadi AJKT PERUBATAN sesi 15/16 nanti. Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat lain yang menghangatkan pilihan raya PERUBATAN kali ini.



Menang bertandingkah kalian?
Bukanlah menang itu bermaksud mengalahkan orang lain, kalian hanya menang sedikit KEPERCAYAAN daripada para sahabat. Hakikat sebenar perjuangan itu bukan kemenangan. Penat, lelah, letih dan mengorbankan masa itu hanya secebis perkataan yang dapat diungkap, tetapi apa yang luar biasa, kalian SANGGUP bertanding hanya kerana berebut dalam mencampakkan diri ke dalam medan yang sibuk dan medan membuat pahala.

"...Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan..."- (2:148)


      Ingatlah, amanah ini bukan untuk dimegahkan, bukan juga untuk mencari nama. Bahkan amanah inilah yang akan menarik sesiapa saja dalam melambatkan kita semua masuk ke Syurga. Ditanya, ditanya dan terus menerus ditanya oleh Malaikat yang menjaga.

Aku bukan orang yang layak bercerita tentang amanah, kerana orang yang bertanding itu adalah orang yang telah merelakan dirinya bekerja untuk Islam. Satu pesanan untuk warga VIVA, suka saya jika kalian dapat membayangkan kita sedang berada dalam pertandingan TARIK TALI.
TARIK TALI?
Ada yang kurus, ada yang sado, ada yang kecil. Tapi tali tetap terus ditarik. Cuma daripada peringkat aku, aku risau dan bimbang ada dalam kalangan kita, apabila ramai orang yang kuat, mulalah tarik ala kadar saja, tidak serius dalam bekerja, main-main dalam satu-satu program. Ya! Itulah realiti manusia sekarang, semakin ramai, semakin lemah. Semakin mengharap kepada yang kepala. Semakin dikurangkan tenaga, mengharapkan yang kuat saja menariknya.


Ayuh sahabat-sahabat! PCA dan VIVA ini bukan milik pimpinan, tetapi untuk kita sama-sama jaga, sama-sama support. Musuh datang kita lawan, lawan datang kita pertahan. Jika pimpinan tumpas diseparuh jalan, kita sama-sama berada dibarisan hadapan. Teringat kata Tok Guru Haji Hadi Awang,
" Saya hargai ramai yang menyatakan berdiri di belakang saya. Cuma saya bimbang bila saya paling ke belakang, tiada orang di belakang saya "

Akhirnya, walau siapapun kita, dimana posisi kita, kita adalah seorang pemimpin.  Sama-samalah kita bantu sahabat-sahabat pimpinan AJKT yang akan bertugas untuk sesi 15/16. Buat AJKT baru, jika anda rasa lemah, letih perasaan gundah gulana, kami ada di belakang, serulah kami, panggillah kami, kami bersedia  membantu. Ukhwah itu indah, indah dalam perjuangan Dunia, bersama sampai ke Akhirat sana. Agar kekuatan ukhwah yang kita bina terus dapat membantu perjuangan dari wadah VIVA mahupun PCA. Jangan berhenti berlari! Terus berlari ke arah Mardhatillah.


V always for ViVA.

Ketua Batch,
ViVA 2014/2015

Friday, December 19, 2014

Burung!

(إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ)


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."


[Surat As-Saff : 4]


Jika diperhatikan perarakan beburungan di angkasa raya terutamanya di petang hari, kita pasti berasa kagum dengan formasi-formasi yang mereka persembahkan. Betulkan?. Makhluq yang Allah ciptakan itu terbang di belakang ketua kawanan mereka menuju ke destinasi yang sama. Bagi kawanan burung yang melakukan “penghijrahan” dari benua ke benua yang lain, pasti akan menempuh tempoh perjalanan yang panjang dan mereka juga bakal mengharungi ribut angin yang tidak menentu di atas sana. Masing-masing terbang tanpa melangkaui barisan yang di hadapan, jarang pula ada yang saling berlanggaran.


Begitulah percaturan Allah SWT, suatu misalan yang ditunjukkanNya kepada  manusia untuk sama-sama kita menyedari dan menghargai sahabat-sahabat seperjuangan yang hadir dalam kehidupan kita. Amat sukar bagi kita untuk sampai ke matlamat yang satu dalam keadaan kita berseorangan. Perlu ada yang memimpin dan dipimpin, saling menasihati, saling menguatkan, bahkan saling kasih mengasihi.  Dan tiadalah yang mampu mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda kebesaranNya.

VIVA, kini sudah menjengah ke tahun yang ketiga. Berbaki beberapa tahun lagi, insyaAllah kita akan kembali ke tanah air sebagai doktor muslim yang dinanti-nantikan. Apa yang ingin saya bicarakan dalam coretan ini ialah, betapa pentingnya nilai ukhuwwah itu dalam menunjangi sesebuah kesatuan. Persaudaraan dalam erti kata yang diinginkan oleh Islam. Persaudaraan yang diikat atas dasar tauhid yang tersangat ampuh, mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain.

Umum mengetahui bahawa antara perkara pertama yang dilakukan oleh baginda rasul ialah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansar. Persaudaraan yang telah meruntuhkan sifat “ananiah” atau sifat keakuan dalam diri manusia. Mengapa? Kerana tanpa persaudaraan daripada dua kelompok asas ini, zaman keemasan yang ditempa umat Islam silih berganti setelah pemergian baginda, adalah perkara yang mustahil.

Begitu jugalah apa yang dilakukan oleh barisan kepimpinan VIVA awal-awal lagi di era kepimpinan saudara Abdul Fattah bin Abdul Ghaffar, ukhuwwah adalah persoalan yang pertama.  Setelah mengharungi berbagai mehnah, kemuncaknya sewaktu kita bersama-sama bergelap untuk membuat persiapan bagi Program Makan Malam pertama VIVA. Ketika itu sambil makan-makan, masing-masing melontarkan buah fikiran untuk penambahbaikkan kepimpinan berikutnya dalam sesi muhasabah bersama kepimpinan VIVA sesi 2012/2013.


Perkara yang sama berulang, VIVA Annual Dinner & Gathering Night 2014 telah disempurnakan dengan jayanya di bawah kelolaan saudara Muhammad Zikrie bin Zakaria. Program yang sangat-sangat diinginkan oleh saudara Nabil Irfan bin Mohd Ali, selaku ketua kita pada sesi lepas, telah berjaya mengumpul hampir keseluruhan adik beradik VIVA. Disekalikan dengan Slot Glow With Flow bersama saudara Imran bin Kasran dan sesi makan malam seterusnya disambung ditempat ‘rahsia’.



Acara sebegini amat penting kerana, perjalanan yang jauh ini agak memenatkan dan pastinya terdapat banyak kelemahan yang perlu ditilik semula. Jadi perkumpulan tahunan seperti ini dapat memperbaharui semangat juang kita bagi menghadapi cabaran baru bagi tahun ketiga ini. Kekurangan kepimpinan dalam mengurus, dapat dikesan dan diperbaiki.  Inilah dia rahmat yang Allah SWT berikan kepada hamba-hambanya yang sentiasa bermusyawarah dalam memutuskan sesuatu tindakan.


Akhirnya, jadilah seperti burung yang digambarkan sebelum ini, megah menongkah angkasa bersama-sama. Bersama-sama bergerak menuju matlamat yang sama, menjulang semangat persaudaraan yang telah kita bina bersama.


FikryAlQahiry,
Tahun 3 Perubatan,
Penolong Ketua Batch,
ViVA

Thursday, December 18, 2014

ViVA di Pilihan Raya :)

            Menjelang tibanya hari pengundian yang semakin dinanti-nanti, pelbagai aneka ragam dapat diperhatikan berlaku sepanjang fatrah berkempen calon-calon AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2014/2015 kali ini.

            Namun, apa yang berlaku sekarang ini akan jadi lebih menarik andai anda melihatnya dari satu sudut yang berbeza. Ya, memang jelas kelihatan calon-calon AJKT masing-masing sedang sibuk berkempen di sana dan sini, tetapi di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang lebih penting lagi sebenarnya.

            Meskipun ahli VIVA yang bertanding untuk pilihanraya kali ini hanyalah lima orang sahaja bilangannya, namun sokongan dan bantuan-bantuan yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas yang lain adalah sangat-sangat menakjubkan.

            Ada yang berpenat lelah mencetak, menggunting menampal dan mengedarkan poster-poster sahabat-sahabat mereka yang bertanding. Ada yang bersengkang mata sanggup tidak tidur malam semata-mata untuk menyiapkan video promosi sahabat-sahabat yang bertanding. Ada yang sanggup mengorbankan facebook’s wall masing-masing hanya untuk mempromosikan sahabat-sahabat yang bertanding ini. Dan kesemua pengorbanan yang mereka lakukan ini dilakukan tanpa mereka menerima apa-apa bayaran mahupun ganjaran!

            Ukhuwah. Ya, apa yang disaksikan semua itulah sebenarnya manifestasi daripada nilai-nilai ukhuwah yang dapat dilihat begitu subur tersemai dalam kalangan pelajar-pelajar VIVA ini sebenarnya. Buat sesuatu perkara baik untuk sahabatnya tanpa disuruh apatah lagi diminta.

            Dan pengakhiran daripada manifestasi ukhuwah di sepanjang musim pilihanraya PERUBATAN ini akan terbukti akhirnya di kotak undi sebenarnya. Andai bersungguh-sungguh mempromosikan sahabat-sahabat yang bertanding tanpa turun mengundi pada akhirnya sekalipun akan menyebabkan sahabat anda yang bertanding itu kehilangan satu sokongan yang paling penting dan sangat diperlukan oleh dia sebenarnya.

            Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jangan lupa turun mengundi pada hari sabtu ini bagi membuktikan kebersamaan anda bersama-sama dengan sahabat-sahabat VIVA yang bertanding ini!


“V for VIVA!”

Amirul Azmeer bin Asmadi.
Tahun 3 Kuliah Perubatan.














Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar(PCA) sesi 2014/2015 dan akan kekal ke sesi 2015/2016.

5 Ahli VIVA Bertanding di Pilihanraya PCA!!

Kehangatan Pilihanraya Cawangan Al-Azhar semakin terasa bahangnya.Lebih-lebih lagi, apabila kali ini  julung-julung kalinya menyaksikan 5 orang ahli VIVA bertanding bagi merebut kerusi AJKT PERUBATAN Al-Azhar sesi ini.Ini seterusnya membuktikan bahawa ahli VIVA berani untuk berada di dalam tampuk kepimpinan dan turun ke lapangan skala ahli yang lebih besar dalam meneruskan legasi PERUBATAN Cawangan Al-Azhar.Tahniah diucapkan!!

Berikut merupakan ahli VIVA yang bertanding beserta manifesto yang dibawa untuk kali ini.Saksikan..





Anda sudah mengenali calon VIVA pilihan anda??
Pastikan anda  membuat pilihan yang bijak dalam memastikan AJKT kali ini menerajui PERUBATAN Al-Azhar ke arah lebih gemilang.Jom turun mengundi Sabtu ini,.20/12/2014.







Wednesday, November 26, 2014

Ngauman Atlit VIVA di Perubatan Sports Day (PSD)

"Dulunya sebutan itu tampak asing. Yang lebih selesa dan enak disebut, kami wakil AZHAR. Itu dulu. Sekarang semua dengan bangga memakai nama PCA sebagai kata ganti diri, tidaklah ia terus menjadi asing, bahkan terasa kasih tatkala dilafazkan.

Itu tanda hati dah sayang. Sekeras mana pun, manusia itu fitrahnya bersatu atas dasar iman. Harini dengan wasilah PERUBATAN, semua dengan izin Allah Rabbul Jalil."

(DR.Hamzah Marwan)



Walaubagaimanapun,disebalik ngauman Atlit PERUBATAN Cawangan Azhar (Ikhwah) yang berjaya merangkul JOHAN keseluruhan dan kontinjen terbaik dalam PERUBATAN Sports Day tempoh hari,sebenarnya ada dalam kalangan atlit-atlit ini terdiri  daripada ahli-ahli VIVA yang telah turut  menyumbang kepada kemenangan besar buat PCA kali ini.

Berikut merupakan atlit VIVA yang menjadi peserta mewakili PERUBATAN Cawangan Azhar dan kemenangannya dalam Perubatan Sports Day yang berlangsung baru-baru ini.


CHESS:
Muhd Zuhdi Bin Shariff (Emas)

CHECKERS:
Khairul Adhan Bin Rujhan (Emas)
Ahmad Syahmi Bin Ahmad Sabandi (Gangsa)

TARIK TALI (Emas)
Muhammad Abdul Rahman Asma'an Bin Ahmad Kamal Peong
Ibrahim Adham Bin Idris
Sufi Aiman Bin Abdul Hamid
Ar-rafi Bin Ajisman
Muhammad Ashyraf bin Amdan

TAKRAW:
Muhammad Shazwan Bin Safiee
Amirul Azmeer Bin Asmadi

BOLA SEPAK:
Muhd Amirul Asyraf Bin Hashim

BOLA KERANJANG: (Gangsa)
Muhammad Azimuddin Bin Mohd Azmi
Muhammad Adib Bin Nazaruddin
Muhammad Fauzan Bin Mustaffa

FUTSAL (Perak)
Ahmad Munir Bin Che Husin
Ahmad Bin Abdullah
Nik Farizuan Bin
Muhamad Luqman Bin Abu Seman
Nik Muhamad Al-Amin Bin Nik Azman

BALAPAN:
Amirul Faiz Bin Mohamed 4x400 (Emas) dan 4x100 (Gangsa)


TAHNIAH!!diucapkan kepada semua ahli yang telah menyumbang kepada kemenangan kali ini dan juga tidak dilupakan kepada ahli-ahli VIVA yang bersama2 menjadi AJK,memberi sokongan dan dorongan dalam memastikan  PERUBATAN Sports Day ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Disediakan Oleh:
Ketua Editor,
Unit Penerbitan & Informasi
VIVA 14/15

Pilihanraya Majlis Ketua Batch VIVA

Bismillahirahmanirahim..

Pilihanraya Majlis Ketua Batch, Perubatan Cawangan AlAzhar pada bulan Oktober yang lalu  telah menyaksikan 3 orang calon bertanding bagi merebut kerusi Ketua Batch VIVA iaitu Saudara Ahmad Tasnim Bin Muslim,Saudara Nik Muhd Al-Amin Bin Nik Azman dan saudara Mohammad Fikri Bin Safian.


Berikut ditampilkan  calon-calon beserta manifesto yang dibawa pada sesi pemilihan MKB kali ini:

video ucapan manifesto:http://youtu.be/tP53a2QJwME



video ucapan manifesto:http://youtu.be/2t6Iw7-9Szo

Siapakah calon yang menang didalam pilihanraya MKB sesi 14/15 ini?Nantikan didalam post yang akan datang!!Saksikan..

Disediakan Oleh:
Wan Mohd Aniq Azizi Fitri Bin Zainudin
Ketua Editor,
Unit Penerbitan & Informasi
VIVA 14/15

Tuesday, November 25, 2014

Kalam Editor 2014/2015





Muhammad Fauzan Bin Mustaffa,
Ketua Unit Penerbitan & Informasi,
VIVA Sesi 2014/2015





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan inayahnya weblog ini berjaya dibangunkan dan dalam fatrah pengaktifan sebagai satu wadah informasi Generasi ke 5, (2012-2018),Universiti Al-Azhar,Mesir.

Semoga weblog ini menjadi platform utama ahli keluarga generasi ke 5 untuk mendapatkan informasi terkini dan  menjadi "medium" perkongsian ilmu,samada ilmu perubatan,ilmu agama mahupun pengetahuan am semasa.

Sebarang pertanyaan,cadangan,komen,karya dan sebagainya bolehlah dihantar terus secara email ke alamat : vmedikazhar@gmail.com.

"Seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain umpama satu binaan,
mereka saling menguatkan antara satu sama lain"(Riwayat Muslim).

Sekian.Wassalam.





Wan Mohd Aniq Azizi Fitri Bin Zainudin,
Ketua Editor,
Unit Penerbitan & Informasi,
VIVA Sesi 2014/2015,